Friday, November 26, 2010

Kebuzyan

Terasa lama sungguh tteeki tidak mengupdate blog tteeki ni setelah semester baru bermula...huhuhu

Disebabkan tteeki agak buzy lately ni tteeki x menyempat nak usha blog tteeki n yang lain coz tteeki buzy gan bacteria pembawa penyakit, parasite, tah sape2 punye blood n mcm2 lagi la..( terase diriku p0yos seberntar)hahaha

Jadual yang padat membuatkan tteeki kebuzyan n kejarangan membuka blog dan mengupdatenye...hahaha

Anak tteeki pon punca tteeki kebuzyan n terpakse menjage beliau hari2...name die conet diadaptasikan dari name serangga perosak...hahaha

k tata..

Friday, November 12, 2010

Suspek Denggi

Nak dijadikan kesah tteeki ingin menghabiskan mase-mase cuti tteeki di rumah kakak tteeki kat Setia Alam selama beberapa hari untuk bermanja-manja dengan anak-anak ku yang sangat merindui acik mereka ni...hihihihi

Antara sebab tteeki suka tidur rumah kakak tteeki ni adalah kerana tteeki tidak akan diganggu oleh adik tteeki yang sentiasa merindui diri tteeki dan akan mengetuk pintu bilik tteeki sehingga tteeki buka dan if X bukak beliau akan memekak di hadapan bilik tteeki.

1st day tteeki tidur situ tteeki tidur tah pukol berapa pon tteeki X tahu yang pasti hari sudah siang..hahaha (dok layan Skype samapi ke pagi...

2nd day tteeki nak balik rumah akan tetapi kakak tteeki berhasrat untuk membelanja tteeki makan Pizza Hut yang sememangnya my Favorited..awawaw

So tteeki tidur la di rumah kakak tteeki semalaman lagi dan keesokkannya tteeki berhasrat untuk pulang. Apabila tteeki bangun pagi dan ingin bersiap-siap, tteeki berasa badan tersangatlah lemah n tekak tteeki ini sangatlah sakit.

Tanpa melengahkan masa tteeki telan ubat demam n berehat sebentar bersama kitkat di sofa n tetido bersama baby khalisa.

Wabak yang  menyerang tteeki ini bermula pada hari sabtu n tteeki beranggapan ianya adalah demam biasa n tidak berapa ambil peduli kerana tteeki sememangnya seorang yang suke wat-wat X tahu je if demam ke ape ke..hihihi

Hari-hari di rumah tteeki hanya telan Paracetamol yang mempunyai pelbagai fungsi untuk mengurangkan penyakit. 

Setelah 3hari tteeki demam tteeki still X pergi berjumpa dengan doktor n tteeki selambe jew pegi ke kolej untuk membuat pendaftaran n bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang telah lama terpisah.

Selain itu tteeki juga dengan baik hati membawa seorang kawan yang dijangkiti denggi n pada hari tersebut tteeki sepatutnya berjumpa doktor tetapi tteeki amat malas n hanya mampu meneman sahaja. 

Akhirnya kawan tteeki itu telah dibawa ke Hopital Tengku Ampuan Rahimah yang sememangnya banyak GAGAK dengan menaiki ambulan...nenonenoneno...

Pada malam tersebut tteeki siap mengadakan lawatan sambil belajar ke hospital berkenaan untuk melawat kawan tteeki itu, padahal diri sendiri sakit langsung X ambil peduli...ish3x

Setelah hari ke-5 tteeki demam n tekak semakin membengkak n sakit yang teramat sangat, tteeki mengambil keputusan untuk berjumpa doktor n darah tteeki telah diambil untuk di diagnosis. 

Dengan selambanya doktor tersebut berkata "Dik awak ni suspek denggi ni, esok saya nak awak datang lagi ye, janga lupa minum banyak ai.ok " dalam hati kecil ini tteeki berbisik " aduh esok da la kelas bermula, leh lak jadi suspek denggi...balik ni mesti minum banyak air ni."

Seharian tteeki menghabiskan diri tteeki ini menelan 100plus n air masak yang sememangnya tteeki kurang suke...hihihi 

Keesokannya teeki ke klinik ditemani oleh teman setia iaitu Diela (tq Diela ^_^) dan membuat pemeriksaan yang mengambil masa 3jam setengah (biasala klinik kerajaan, tteeki mane mampu nak g swasta tgu keje nanti dapat panel leh la kot)hihihi

Setelah tteeki berjumpa dengan doktor beliau mengesahkan bahawasanya tteeki tidak perlu lagi untuk mengambil darah keesokkannya kerana Darah tteeki hanya kurang sedikit dari julat normal n hanya perlu diubati dirumah sahaja.

Sesampai sahaja di rumah mak tteeki membuat sup ketam yang dikatakan sangat baik bagi mereka yang dijangkiti wabak denggi. Dengan happy tteeki makan sup ketam bersama nasi seterusnya berangkat ke kelas...(sakit, sakit jugak kelas mesti pegi selagi otak masih boleh berfikir) 

Disini tteeki ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Mak yang wat sup ketam, ayah yang belikan 100plus n Diela yang sedia membawa tteeki ke klinik n bersama-sama membuat pemeriksaan( dia ni lagi la da 2week demam wat dono jew)huhuhu

p/s: kalau demam terus pegi klinik bagi mengelakkan situasi yang sebegini berlaku...

Bukti pembelian 
Ada yang normal n ada yang x barapa nak normal...hihihi





Tuesday, November 9, 2010

Semester Bermula

Setelah sebulan tteeki memerapkan diri dirumah akhirnya pada 8/11/2010 tteeki mendapat panggilan untuk mendaftarkan diri ke tempat tteeki menimba ilmu. Pagi tteeki bangun mcm bese n pada kebiasaannya tteeki akan tidur semula, akan tetapi disebabkan pendaftaran semester baru telah bermula tteeki terus bersiap n memulakan langkah menuju ke puncak gemilang cahaya..


Sesampai di Kolejku Syurgaku tteeki terus mengambil no giliran untuk mengambil result semester lepas yang tteeki sudah jangka keputusan yang bakal diterima akibat daripada aktiviti yang tteeki sering lakukan n kurang fokus semasa study week...hrmmmm


Bukan setakat mentor a.k.a penjaga kubur lecturer, kawan-kawan sume nak taw result yang bakal di terima. Paling mendebarkan apabila terserempak dengan Ketua Fakulti SHS yang sememangnya sangat mengenali kami si 3 serangkai.hihihi


Bermula dengan result si F satu-satu nya lelaki di dalam kelas yang bijak bestari...n seterusnya tteeki, kami telah menerima sedikit tazkirah daripada En.S kerana result yang kurang memberangsangkan dari semester yang lepas-lepas dan beliau berkata perlu di perbaiki kembali kerana semester ini merupakan semester yang terakhir. 


Walaupun menerima tazkirah tteeki still leh tarik nafas lega kerana masih lagi berkedudukan 3+, tp tteeki still X puas hati coz bile-bile jew bende tu leh turun lagi...huhuhu


Oleh sebab itu ( ni da mcm wat karangan SPM) semester ini tteeki akan menebus kembali kesilapan lalu...no more keluar berfoya-foya sampai X ingat dunia.hihihihi  X kesah lah ape orang nak kate an.


Sampai sini je kot tteeki dapat melepaskan pekung didada luahan hati tteeki.


k tata...



Saturday, November 6, 2010

Permainan Kanak-Kanak Ku

Kepada anda yang X tahu pasal tteeki meh tteeki story sikit meh. Nak mulakan story la an, tteeki ni seorang budak yang X bape nak pompuan time kanak-kanak dulu. 

Mase kecik-kecik dulu tteeki memang jarang main gan ank patung. Mase banyak dihabiskan di medan selera SEKSYEN 2 sebab family tteeki ni orang yang berniaga..so mmg kat situ la tteeki mase kecik-kecik dulu...huhuhu

Antara permainan yang tteeki penah main mase kecik-kecik dulu adalah: 

~>Main penutup botol gan abang2 tteeki n kawan2 laki.

~>Main kete tamia yang boleh di beli di mane2 kedai terdekat...hahaha

~>Main kete control yang akan rosak dalam mase X sampai sebulan sebab terlalu batak.

~>Main tembak-tembak orang gune straw berpelurukan kacang hijau.

~>Main saidina n pernah juara beberapa kali.

~>Main panjat2 tiang buaiyan kat taman mainan sampai jatuh n tangan nyaris patah.

~>Main tekan2 loceng rumah orang kaye kat seksyen 2 pastu lari...hahaha

~>Main skateboard n turun dari atas bukit perumahan seksyen 2 hingga ke bawah.

Rasenya ini je kot tteeki main mase kecik-kecik dulu. Yang lain tteeki X bape nak ingat la mungkin disebabkan oleh masalah penuaan...hahahaha

Bile teringat balik kenangan ni tteeki rase seronoknye zaman kanak-kanak dulu...seb bek la tteeki dapat berseronok sampai x hengat dunie time kecik-kecik dulu...hahaha

k tata..