Wednesday, December 15, 2010

Derma Darah

Lama betul tteeki X mengupdate blog yg sememangnya tidak populer ni.hihihihi

Nak dijadikan story in the morning lalala...tteeki n kawan tteeki si Diela pi PKNS Shah Alam tok menderma darah si Diela bukan tteeki coz berat tteeki x sampai 40kg ok..hihihihi

Syarat nk menderma adalah 45kg ke atas...ok sy tahu sy kurang zat anda jeles??? x kot...hihihihi

Hasrat utama si Diela nak menderma darah adalah disebabkan ingin mendapatkan ubat tambah darah yang dikatakan boleh menaikkn berat badan ssorang...rasenye x yah mention kot tok sape ubat tu...hahahaha

1st time derma, darah si Diela keluar bagaikan air paip yg tidak ditutup...so mmg time tu circulations darah die amatla baik..kot..
-
-
-
-
-
-
-
-

 Betapa happy nya si Diela untuk mendapatkan ubat penambah darah...hihihihi


p/s : sila ambil sebarang makanan sebelum anda menderma darah...ok

k tata...





Friday, November 26, 2010

Kebuzyan

Terasa lama sungguh tteeki tidak mengupdate blog tteeki ni setelah semester baru bermula...huhuhu

Disebabkan tteeki agak buzy lately ni tteeki x menyempat nak usha blog tteeki n yang lain coz tteeki buzy gan bacteria pembawa penyakit, parasite, tah sape2 punye blood n mcm2 lagi la..( terase diriku p0yos seberntar)hahaha

Jadual yang padat membuatkan tteeki kebuzyan n kejarangan membuka blog dan mengupdatenye...hahaha

Anak tteeki pon punca tteeki kebuzyan n terpakse menjage beliau hari2...name die conet diadaptasikan dari name serangga perosak...hahaha

k tata..

Friday, November 12, 2010

Suspek Denggi

Nak dijadikan kesah tteeki ingin menghabiskan mase-mase cuti tteeki di rumah kakak tteeki kat Setia Alam selama beberapa hari untuk bermanja-manja dengan anak-anak ku yang sangat merindui acik mereka ni...hihihihi

Antara sebab tteeki suka tidur rumah kakak tteeki ni adalah kerana tteeki tidak akan diganggu oleh adik tteeki yang sentiasa merindui diri tteeki dan akan mengetuk pintu bilik tteeki sehingga tteeki buka dan if X bukak beliau akan memekak di hadapan bilik tteeki.

1st day tteeki tidur situ tteeki tidur tah pukol berapa pon tteeki X tahu yang pasti hari sudah siang..hahaha (dok layan Skype samapi ke pagi...

2nd day tteeki nak balik rumah akan tetapi kakak tteeki berhasrat untuk membelanja tteeki makan Pizza Hut yang sememangnya my Favorited..awawaw

So tteeki tidur la di rumah kakak tteeki semalaman lagi dan keesokkannya tteeki berhasrat untuk pulang. Apabila tteeki bangun pagi dan ingin bersiap-siap, tteeki berasa badan tersangatlah lemah n tekak tteeki ini sangatlah sakit.

Tanpa melengahkan masa tteeki telan ubat demam n berehat sebentar bersama kitkat di sofa n tetido bersama baby khalisa.

Wabak yang  menyerang tteeki ini bermula pada hari sabtu n tteeki beranggapan ianya adalah demam biasa n tidak berapa ambil peduli kerana tteeki sememangnya seorang yang suke wat-wat X tahu je if demam ke ape ke..hihihi

Hari-hari di rumah tteeki hanya telan Paracetamol yang mempunyai pelbagai fungsi untuk mengurangkan penyakit. 

Setelah 3hari tteeki demam tteeki still X pergi berjumpa dengan doktor n tteeki selambe jew pegi ke kolej untuk membuat pendaftaran n bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang telah lama terpisah.

Selain itu tteeki juga dengan baik hati membawa seorang kawan yang dijangkiti denggi n pada hari tersebut tteeki sepatutnya berjumpa doktor tetapi tteeki amat malas n hanya mampu meneman sahaja. 

Akhirnya kawan tteeki itu telah dibawa ke Hopital Tengku Ampuan Rahimah yang sememangnya banyak GAGAK dengan menaiki ambulan...nenonenoneno...

Pada malam tersebut tteeki siap mengadakan lawatan sambil belajar ke hospital berkenaan untuk melawat kawan tteeki itu, padahal diri sendiri sakit langsung X ambil peduli...ish3x

Setelah hari ke-5 tteeki demam n tekak semakin membengkak n sakit yang teramat sangat, tteeki mengambil keputusan untuk berjumpa doktor n darah tteeki telah diambil untuk di diagnosis. 

Dengan selambanya doktor tersebut berkata "Dik awak ni suspek denggi ni, esok saya nak awak datang lagi ye, janga lupa minum banyak ai.ok " dalam hati kecil ini tteeki berbisik " aduh esok da la kelas bermula, leh lak jadi suspek denggi...balik ni mesti minum banyak air ni."

Seharian tteeki menghabiskan diri tteeki ini menelan 100plus n air masak yang sememangnya tteeki kurang suke...hihihi 

Keesokannya teeki ke klinik ditemani oleh teman setia iaitu Diela (tq Diela ^_^) dan membuat pemeriksaan yang mengambil masa 3jam setengah (biasala klinik kerajaan, tteeki mane mampu nak g swasta tgu keje nanti dapat panel leh la kot)hihihi

Setelah tteeki berjumpa dengan doktor beliau mengesahkan bahawasanya tteeki tidak perlu lagi untuk mengambil darah keesokkannya kerana Darah tteeki hanya kurang sedikit dari julat normal n hanya perlu diubati dirumah sahaja.

Sesampai sahaja di rumah mak tteeki membuat sup ketam yang dikatakan sangat baik bagi mereka yang dijangkiti wabak denggi. Dengan happy tteeki makan sup ketam bersama nasi seterusnya berangkat ke kelas...(sakit, sakit jugak kelas mesti pegi selagi otak masih boleh berfikir) 

Disini tteeki ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Mak yang wat sup ketam, ayah yang belikan 100plus n Diela yang sedia membawa tteeki ke klinik n bersama-sama membuat pemeriksaan( dia ni lagi la da 2week demam wat dono jew)huhuhu

p/s: kalau demam terus pegi klinik bagi mengelakkan situasi yang sebegini berlaku...

Bukti pembelian 
Ada yang normal n ada yang x barapa nak normal...hihihi





Tuesday, November 9, 2010

Semester Bermula

Setelah sebulan tteeki memerapkan diri dirumah akhirnya pada 8/11/2010 tteeki mendapat panggilan untuk mendaftarkan diri ke tempat tteeki menimba ilmu. Pagi tteeki bangun mcm bese n pada kebiasaannya tteeki akan tidur semula, akan tetapi disebabkan pendaftaran semester baru telah bermula tteeki terus bersiap n memulakan langkah menuju ke puncak gemilang cahaya..


Sesampai di Kolejku Syurgaku tteeki terus mengambil no giliran untuk mengambil result semester lepas yang tteeki sudah jangka keputusan yang bakal diterima akibat daripada aktiviti yang tteeki sering lakukan n kurang fokus semasa study week...hrmmmm


Bukan setakat mentor a.k.a penjaga kubur lecturer, kawan-kawan sume nak taw result yang bakal di terima. Paling mendebarkan apabila terserempak dengan Ketua Fakulti SHS yang sememangnya sangat mengenali kami si 3 serangkai.hihihi


Bermula dengan result si F satu-satu nya lelaki di dalam kelas yang bijak bestari...n seterusnya tteeki, kami telah menerima sedikit tazkirah daripada En.S kerana result yang kurang memberangsangkan dari semester yang lepas-lepas dan beliau berkata perlu di perbaiki kembali kerana semester ini merupakan semester yang terakhir. 


Walaupun menerima tazkirah tteeki still leh tarik nafas lega kerana masih lagi berkedudukan 3+, tp tteeki still X puas hati coz bile-bile jew bende tu leh turun lagi...huhuhu


Oleh sebab itu ( ni da mcm wat karangan SPM) semester ini tteeki akan menebus kembali kesilapan lalu...no more keluar berfoya-foya sampai X ingat dunia.hihihihi  X kesah lah ape orang nak kate an.


Sampai sini je kot tteeki dapat melepaskan pekung didada luahan hati tteeki.


k tata...



Saturday, November 6, 2010

Permainan Kanak-Kanak Ku

Kepada anda yang X tahu pasal tteeki meh tteeki story sikit meh. Nak mulakan story la an, tteeki ni seorang budak yang X bape nak pompuan time kanak-kanak dulu. 

Mase kecik-kecik dulu tteeki memang jarang main gan ank patung. Mase banyak dihabiskan di medan selera SEKSYEN 2 sebab family tteeki ni orang yang berniaga..so mmg kat situ la tteeki mase kecik-kecik dulu...huhuhu

Antara permainan yang tteeki penah main mase kecik-kecik dulu adalah: 

~>Main penutup botol gan abang2 tteeki n kawan2 laki.

~>Main kete tamia yang boleh di beli di mane2 kedai terdekat...hahaha

~>Main kete control yang akan rosak dalam mase X sampai sebulan sebab terlalu batak.

~>Main tembak-tembak orang gune straw berpelurukan kacang hijau.

~>Main saidina n pernah juara beberapa kali.

~>Main panjat2 tiang buaiyan kat taman mainan sampai jatuh n tangan nyaris patah.

~>Main tekan2 loceng rumah orang kaye kat seksyen 2 pastu lari...hahaha

~>Main skateboard n turun dari atas bukit perumahan seksyen 2 hingga ke bawah.

Rasenya ini je kot tteeki main mase kecik-kecik dulu. Yang lain tteeki X bape nak ingat la mungkin disebabkan oleh masalah penuaan...hahahaha

Bile teringat balik kenangan ni tteeki rase seronoknye zaman kanak-kanak dulu...seb bek la tteeki dapat berseronok sampai x hengat dunie time kecik-kecik dulu...hahaha

k tata..




Wednesday, October 27, 2010

Study VS Keje

Tengah hari tadi tteeki telah berconversation dengan mak tteeki pasal tteeki rase mcm malas la pulak nak sambung degree. Jom lihat kami punye perbualan secara halussss....

tteeki: Mak..kite rase an mcm nak terus keje la pas abes diploma ni...

mak: ko jgn la nak memandai nnti rugi la..nyesal nnti...

tteeki: ala nak jugak merase keje 3tahun ke ape ke...pastu kite smbung la balik..huhuhu

mak: jangan ti ko menyesal. ko igt mak x taw ke liku-liku hidup ni ha...memule keje pastu da seronok x nak sambung blaja.

tteeki: ermmmm...kalo nk smbung kene kuar duet lagi..abeh tu bila la tteeki leh balas jase an(dlm hati)

mak: aritu si Rahimah(cousin) dtg umh die soh ko smbung jew study pastu bukak klinik sendiri...katenye ssh kalo da ade family nak smbung blaja.

tteeki: ish..x nak la jadi dokter ti x der life ar...hahaha baik keje jew dulu pastu bile semangat tu da dtg baru pikir blaja..

mak: memule keje pastu da seronok ko mule la kate nak kawen an...

tteeki: wow!! ok gak tu kawen..hihihi kalo smbung msti x kawen sampai ke tue....

mak: jangan nak merepek la ye..ko smbung jew la..

mak terus beredar ke depan...huhuhuhu

So apakah yg perlu tteeki lakukan????Sambung balaja or keje....ermmmmm 

k tata...

Monday, October 25, 2010

Asthalin

Semenjak dua menjak tiga menjak ni, tteeki asyik diserang sempot secara berjemaah sehingga menyebabkan tteeki kurang selesa n agak kelemasan dadaku ini...huhuhu

Tah apela yang menyebabkan ianya datang menyerang. One night tetibe mcm terok la an bende ni datang tteeki cari punye cari Asthalin (sila google bg anda yang X tahu)  x jumpe..mmg mcm nak nanges jew dibuatnye..Rerupenye tletak di dalam almari buku tteeki...huhuhu

Sekali pum x mujarab kali ke-2 pum baru terase luas dunia ni...hihihi

Disebabkan X tahu nak update ape ni jela yg tteeki dapat merepek malam2 ni...hihihi

k tata...

Saturday, October 23, 2010

Flash Back

Di pagi hari yang sejuk disebabkan oleh aircond yang X bertutup selama dua hari tteeki terfikir sejenak dan mengimbas kembali kenangan masa lalu...cewahhh huhuhuhu

Untuk pengetahuan anda semua, tteeki adalah seorang budak yang agak nakal waktu kecik-kecik dulu. Ianya mungkin dsebabkan oleh abang yang terlalu ramai n tiada kawan perempuan...hihihihi

Antara senarai yang pernah tteeki lakukan time kecik-kecik dulu adalah...jeng...jeng...jeng....

1. Melompat dari tingkat 1(beranda) rumah hingga ke bawah rumah.

2. Penah panjat bumbung n then kakak tteeki jatuhkan tangga dan menyebabkan kami melompat dari atas ke bawah...hahaha

3. Mengutip bola GOLF bersama cousin n iewan  di seksyen2 dan berusaha menjualnya akan tetapi tiada siapa yang mahu membeli...hahaha

4. Panjat pokok asam jawa...ermmm rasenya sume org penah panjat pokok kot...huhuhu

5. Beraya dari seksyen 17, 18, 19, 2, 3 dan 4 dalam masa sehari mengikut abang-abangku yang muka X tahu malu...hihihi 

6. Buat sumpit daripada buluh n tersumpit kepala anak orang...hahaha teros menyorok dalam pondok sehari bersama abangku sopi..

7. Posmen hantar surat dekat rumah orang tapi tteeki amik surat orang tu tteeki pon X taw kenape...hihihi

8. Belajar silat api, air, naga, angin, mabuk di rumah pak lang bersama Iewan n Aan...padahal merepek jew tok guru yang mengajar...hahaha

9. Pernah mengambil ais krim POP di kedai LEONG secare percuma serta sempat mengajar my cousin cara-cara mengambilnya...tp tteeki da bayar balik semua yang tteeki penah ambil secara percuma tu ok...hihihi

10. Pinjam basikal anak makcik UITM SHAH ALAM tanpa pengetahuan beliau dan akhirnya beliau datang untuk mengambilnya setelah sesi pembelajaran mengayuh basikal selesai...hahaha

11. Masuk WET WORLD  secara percuma dengan hanya menggunakan past-past masuk yang dibuang oleh mereka yang sangat pemurah untuk disedekahkan kepada kami yang sangat-sangat X tahu malu. Kadang-kadang panjat pagar, kadang-kadang masuk ikut pintu depan jew coz orang yang jaga pintu tu memang X kesah kot kami masuk free...die memang sangat baek hati...wakakaka

12. Buat kecoh di MUZIUM SHAH ALAM dengan memekak n menjerit-jerit sampai kene kejar dengan pakguard.....hihihi tteeki adalah org terakhir yang keluar dari muzium tu disebabkan abang-abangku yang sangat bertanggungjawab meninggalkan adik merekaa keseorangan...huhuhu

Rasa nya terlalu banyaklah pulak if tteeki nak tulis semua dalam entri ni...dalam banyak-banyak perkara yang pernah tteeki lakukan, senarai di atas adalah yang paling tteeki X boleh lupakan dan ianya bukan dilakukan secar bersendirian...thanks coz tteeki dapat jugak merasa jadi BUDAK SETAN...hahaha

p/s: Orang kata if kecik-kecik die nakal dah besar mesti jadi budak baek...hihihi tteeki mmg baek pon...wakakaka

k tata...







Thursday, October 21, 2010

Ikan Pekasam

Cerita ini masih lagi berada di Kedah ok. Tah kenapa lah tteeki x leh ilangkan Kedah dari kepala ni...ish3x kedah oh kedah....

Masa menumpang di rumah tok wan n tok, kami dapat melihat cara2 mereka membuat ikan pekasam...memang sgt syok. Melihat telatah bdk2 kecik menyiang ikan...hahahaha

Stok-stok ikan tok wan dapat di sungai belakang rumah..sesetngah org panggil ikan tu ikan putih n ada jugak la org panggil ikan putih..tteeki pon x taw sgt yang tteeki taw siang, basuh, goreng n kasi org makan...hihihi

Dalam sehari memang banyak stok-stok ikan yang diorang kene siang dalam sehari. Sangat memenatkan ermmmm....

Walaupun penat pulangan yang mereka dapt dari menjual ikan pekasam ni mmg sangat berbaloi-baloi..sekilo ikan rm12 agak masyuk la jugak dalam sehari coz banyak orang2 yang melancong beli. Kami dapat free jew ok...hihihi

Hasif pon pandai taw siang ikan...baru 5tahun

Pewaris ikan pekasam...hihihi

Siap disiang..huhu

Perap dulu gan garam sblm jadi pekasam...x silap la

Rasenye sampai sini jew kot cite tteeki ...

k tata..

Monday, October 18, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA

Selama tteeki berada di Kedah, macam-macam aktiviti yg telah kami lakukan bersama antaranya memasak, mengail, ronda-ronda kampung, lawatan ke muzium padi, pi Gua Kelam, Gua Kerbau n macam-macam g la.huhuhu

Masa 1st day sampai ke Kedah, kami nyaris tersesat sampai ke Changlun disbbkan 1st time datang ke Kedah n X taw nama2 tmpat kat situ. Dengan memberanikan diri ini, tteeki telah bertanya kepada someone yang sedang asyik bermain dengan phonenya...hihihihi " akak hentian JITRA memang satu jew kew? pastu akak tu jwb kena turun kat sini la dik..perghhh...mmg sepantas Ferrari kami turun dari bus n amik segala brg...huhuhuhu...

Pas tu tros kol si jun tok pick up ktorg n anta ke rumah tokwan n tok dia...kami bermalam kat situ selama 7hari 6malam...mmg da jadi mcm family ar. Pagi bangun makan pagi, pastu tolong masak masakan tengah hari coz tok sakit kaki n x larat nak masak...sebelum ni si jun yang masak..rajin budak ni memasak bak kata tok dia..hihihihi

Malam tu kami kuar sat pi minum-minum n jumpa my friend yang belajar kat POLIMAS...hihihihi ada la dalam 1jam lebih kot jumpa. Ti kite jpe g ek wahai ..... hihihhi

Nak cerite dalam ni mmg tidak terlarat tangaku ini...huhuhuhu ti tteeki sambung g ek...

k tata....


Thursday, October 14, 2010

Keje Gila

Pada 11.okt.2010 bersamaan hari isnin tteeki n my friend diela telah melakukan satu kerja yang memang X masok dek akal iaitu pergi ke 'KEDAH' dengan tanpa memberitahu orang di sana bahawasanya kami telah berada di dalam perjalanan. Tujuan kami pergi ke kedah adalah kerana si Diela yang telah merajuk dan ingin membawa diri daripada masalah yang di alami oleh dirinya..huhuhuhu

Segala persiapan semuanya dilakukan oleh si Diela n tiket bus Diela jugak yang belikan tok tteeki sebab time tu tteeki X ada duit...hihihihihi Tq Diela nti tiket balik biar cek yang belikan na. 

Bertolak ke Kedah pada pukul 9.45pagi n kami terpakse menapak dari rumah ke station bus kerana my Dad leh pulak g pasar time 2..ish3x kesian kat anak dia terpakse jalan kaki. Nak mintak tolong si Budak sakit aka Sickchild72 mmg sangat kesian dengan keadaan die yang memang tengah sakit n X buleh drive. So kami pon menapak jela dari rumah ke station bus.

Masok jew dalam bus tteeki teruja sangat2 coz this is my 1st time naik bus SANI n berjalan jauh naik bus..hahahaha sangat kesian. 

Sesampai ja kami di Kedah, si Diela telah menalefon Jun aka kecik untuk menjemput kami dari station bus Jitra. Beliau sangat terkejut n da X leh nak wat apa2 la sebab kami da sampai hihihihi. Kami tido di rumah tok wan jun sehinggalah kami berasa mahu pulang ke Selangor...huhuhu

Disebabkan Broadband ini sangat lah slow....tteeki X dpt nak update this blog...nanti dah balik Shah Alam baru la leh update secara pukal....hihihi

k tata...

Sunday, October 10, 2010

Lens

Hari tu tteeki ade beli contact  lens dekat FB seseorg dengan harga RM45 untuk setahun tapi dinasihatkan untuk  memakai selama 5-8bulan jew. Selama seminggu tteeki memakai lens tersebut ianya tidak menunjukkan kesan pada mata tteeki yang besar ini...huhuhu

Masuk minggu kedua dan ketiga mata kiri tteeki tetibe jew jadi merah n bak kate cousin tteeki "ang cat la mata kanan ang wana biru, senang X payah pakai spec 3D if nak tgk 3D movie...hahahalaluanha memang agak ketererlaluan ayat beliau.

Untuk pengetahuan anda sume..bukan hanya tteeki saje yang menjadi merah n sakit...kakak tteeki pon same jugak aw..sampai husban die marah n X kasi pakai lens tu lagi.. Kerana sayangkan bini si suami membelikan lens yang lebih dipercayai dan mempunyai cop SIRIM...hahahaha

Untuk mengetahui punca sebenar mata tteeki menjadi merah...tteeki pon pegi lah ke klinik bersama-sama sahabat tteeki iaitu diela..Doktor telah mengesahkan bahawa mata tteeki ni dijangkiti kuman....terus tteeki terfikir  Onchocerca volvulus n Loa loa nak taw google sendiri ye...hihihi 

Doktor yang merawat sangat lah baik n prihatin..nak kasi MC tteeki cabot jew balik rumah coz tteeki da abes exam time tu...huhuhu. Hasil tteeki pergi ke klinik dapatla ubat titis mata n paracetamol untuk betulkan urat-urat yang dah bersimpul ni..huhuhu

Lepas jew kene jangkitan tu tteeki terus X pakai Lens tu lagi...ianya hanya tersimpan di dalam box berwarna putih susu...huhuhuhu


Ini lah hasil dari pemakaian Lens yang tidak mempunyai cop SIRIM..hahahaha

k tata...

Friday, October 8, 2010

Jiran Yang Terlampau

Disuatu petang yang sunyi, sedang kami dok study untuk menambahkan ilmu yang x bape nak mantap ni tetibe terlihat satu bayang-bayang berkepala seakan-akan Mawi yang terintai-intai di sebalik tirai pintu jirannya...Kami yang agak kepelikan terus mengeluarkan BB phone n mengambil beberapa pic si kepala botak tersebut..ish3x....

Aksi beliau sangat la terlampau kerana sanggup memanjat untuk melihat apa yang jiran-jiran nya lakukan...Untuk pengetahuan anda beliau bekerja sebagai 'security guard' & mengikut firasat cuit rasenye die ni mmg da biase kot amik taw hal orang sehinggakan berkelakuan sebegitu...uhuhuhuh

Lokasi kejadian adalah rahsia....hihihihi tp kalo melihat pada gambar mesti sume org da taw kot...


jiran yang tersangatlah caring tentang jirannya...


Mungkin beliau sangat dahagakan kasih sayang

P/S: Hormatilah jiran-jiran sekeliling anda...

k tata

Sunday, September 19, 2010

EXAM Mo0D

Bermula 20hb sep 2010 tteeki x dptla nk megupdate blog ni coz mood exam da dtg...huhuhu (benci-benci).. tteeki byk bende nk cite sbnarnye ni tp dsbbkan byk sgt keje n buzy dgn 'RAYA' (duit raya pn x dpt ade ati nk raya)...hahaha x dptla nk update selalu. tteeki abes exam pn 1hb okt 2010 so agak kelamaan ar jugak nk update blog yg x populer ni an..

Mmg tteeki akan buzy sgt2 if exam da mendatang..niat dihati nk hantar jew bateri n charger laptop tteeki ni kat umh kwn tteeki..tp agak susah coz tteeki tgh download cite SMALLVILLE SEASON 8 (wah..berbunga-bunga hati ku tgk hero cite ni)hihihihi...laptop ni hanye sebagai tmpt mendownload jela nti...huhuhu
tteeki rase sampai sini jew kot tteeki dpt merepek coz tteeki nk smbg study.

k tata..

Friday, September 17, 2010

MEMBESAR

Arini tteeki pegi beraya dengan family tteeki. Dari kol 12tgh ari sampi la kew kol 10mlm kami beraya ish3x...
nak kate byk sgt umh x de la byk 5 buah jew kot..huhuhu (padahal tersesat)hahaha..

Time syok2 beraya 2 mmg best la dpt mkn kueh raya n mkn yg sedap2...tp!! masalah nye tteeki da x dpt duet raye dsbbkan ank buah tteeki tlalu ramai n tuan rumah 2 dgn selambenye ckp...awk da besar so x der duet raye...arrgggghhhhhh....(hatiku pecah seribu)

Time kt puchong lak tteeki g beraye umh sepupu tteeki kot...tteeki ppon x taw sgt..huhu..dowang 2 org kurang upaya (bisu) tp mmg duet bekepuk ( mate duitan...hahaha) time salam2 nk balik 2 makcik wat isyarat kt tteeki, die kate dulu tteeki kecik jew n skang ni da beso...pas 2 tetibe jew abg tteeki ckp da besar x dpt duet raye..huhu
dari balik sampi ke rumah yg terakhir 2 jela abg tteeki ulang dlm kete sampikan tteeki naik menyirap...huh

Lepas 2 adik tteeki yg dok sebelah tteeki kt dlm kete dok rekod ape yg abg ak dok ulang2...hahaha
masing2 gelak sampai nk pecah perot...(tteeki nk letak voice 2 tp phone adik cuit pakai phone cikai je Bluetooth xder infrared apatah lagi..huhu baling anjing mampus kot..hahaha

Mmg raye thn ni raye yg mmbuatkan poket tteeki kering n x dpt duet raye...nmpk gaye nye next year tteeki lak kene kasi dak2 ni duet raye...huhu kopak la tteeki nmpk gaye nye...

Ok la tteeki nk sambung study next week an tteeki da nk exam..mampus la tteeki kalo pointer sem ni turun..

k tata

Wednesday, September 15, 2010

RAGAM MANUSIA

Aish...arini tteeki mmg x taw la nk buat ape n buntu tahap maximum..so tteeki dok tgk2 la blog2 blogger yg len n paper harian arini. Daripada pengamatan tteeki cewah..huhu mmg manusia zaman sekarang ni mcm2 ragam la kan..

Ade yg sembelih anak, jari putus main mercun, jutawan dibunuh, hantaran x abes baya, makan sampah n mcm2 lagilah..ermmm apa la nk jadi dengan dunia kita ni an..

Rase sedih sangat2 bile memikirkan hal2 yang mcm ni boleh berlaku kat negara kita ni an..Contoh nye adik-beradik yg hidup hanya dengan memakn sisa org len n kutip kat tah mana2 tong sampah tah. Mane pegi nye anak2 yg sepatut nye mnjage n merawat sakit lelah mak ayah yg jage dieorg siang n mlm. Bile da berjaya mule la kate ' Ah..ak berjaya sebab diri ak sendiri' kalo mcm nila pemikiran mmg x lama ar korg idup. Walau sesenang mane pn idup kite, bende yg paling utama adalah mak ayah yg mendidik n membesarkan kita sapai la kita berjaye taw x..huhuhu

Selagi mak ayah kite hidup selagi 2 la kite sebagai anak dowang kena la jage dowang x kire la sebusuk busuk mane pon dowang 2. Memamg x dinafikan ade jew ank2 yg berdendam dgn mak ayah dowang..tp bende 2 kena la dibuang jauh2 hingga x nmpk bayang bau n rase..huhuhu

Terlebih garam pulak rase nye tteeki arini..hihihi
Ok la tteeki x taw nk wat ape da ni..tetibe lak ade org dtg umh nk beraya..

k tata

BERJINAK

Ok..tteeki baru nak berjinak-jinak dgn dunia blogger ni. Selalu sgt tgk blog2 org len yang memang super duper awesome..huhuhu. tteeki rase dunia blogger ni boleh membuatkn tteeki dpt ramai kwn n timba byk pengalaman..so utk tidak membuang masa ak buka lappy n dok pikirr2 name yg sesuai tok blog ni..

Akhirnya tteeki letak la name tteeki.blogspot.com supaya ramai org yang akan cuit blog tteeki ni...hihihi
Hope sgt2 blog tteeki ni dpt reader yg ramai mcm blog org len 2. So secara automaticnye cuit boleh la dpt ramai kwn n dpt pulangan..hihihihi

Masalahnya cuit x reti sgt (sebenarnye x reti lgsung..huhuhu ) nk cantikkan blog mcm org len wat 2..arap2 sgt la tteeki dpt kwn yg murah hati nk tlg ajarkn mcm mane nk cantikkn blog cuit ni..hihihi

Rasenye sampai sini jela tok arini...nti if tteeki ade time tteeki akan update lagi...jumpe lagi...

k tata..