Saturday, October 23, 2010

Flash Back

Di pagi hari yang sejuk disebabkan oleh aircond yang X bertutup selama dua hari tteeki terfikir sejenak dan mengimbas kembali kenangan masa lalu...cewahhh huhuhuhu

Untuk pengetahuan anda semua, tteeki adalah seorang budak yang agak nakal waktu kecik-kecik dulu. Ianya mungkin dsebabkan oleh abang yang terlalu ramai n tiada kawan perempuan...hihihihi

Antara senarai yang pernah tteeki lakukan time kecik-kecik dulu adalah...jeng...jeng...jeng....

1. Melompat dari tingkat 1(beranda) rumah hingga ke bawah rumah.

2. Penah panjat bumbung n then kakak tteeki jatuhkan tangga dan menyebabkan kami melompat dari atas ke bawah...hahaha

3. Mengutip bola GOLF bersama cousin n iewan  di seksyen2 dan berusaha menjualnya akan tetapi tiada siapa yang mahu membeli...hahaha

4. Panjat pokok asam jawa...ermmm rasenya sume org penah panjat pokok kot...huhuhu

5. Beraya dari seksyen 17, 18, 19, 2, 3 dan 4 dalam masa sehari mengikut abang-abangku yang muka X tahu malu...hihihi 

6. Buat sumpit daripada buluh n tersumpit kepala anak orang...hahaha teros menyorok dalam pondok sehari bersama abangku sopi..

7. Posmen hantar surat dekat rumah orang tapi tteeki amik surat orang tu tteeki pon X taw kenape...hihihi

8. Belajar silat api, air, naga, angin, mabuk di rumah pak lang bersama Iewan n Aan...padahal merepek jew tok guru yang mengajar...hahaha

9. Pernah mengambil ais krim POP di kedai LEONG secare percuma serta sempat mengajar my cousin cara-cara mengambilnya...tp tteeki da bayar balik semua yang tteeki penah ambil secara percuma tu ok...hihihi

10. Pinjam basikal anak makcik UITM SHAH ALAM tanpa pengetahuan beliau dan akhirnya beliau datang untuk mengambilnya setelah sesi pembelajaran mengayuh basikal selesai...hahaha

11. Masuk WET WORLD  secara percuma dengan hanya menggunakan past-past masuk yang dibuang oleh mereka yang sangat pemurah untuk disedekahkan kepada kami yang sangat-sangat X tahu malu. Kadang-kadang panjat pagar, kadang-kadang masuk ikut pintu depan jew coz orang yang jaga pintu tu memang X kesah kot kami masuk free...die memang sangat baek hati...wakakaka

12. Buat kecoh di MUZIUM SHAH ALAM dengan memekak n menjerit-jerit sampai kene kejar dengan pakguard.....hihihi tteeki adalah org terakhir yang keluar dari muzium tu disebabkan abang-abangku yang sangat bertanggungjawab meninggalkan adik merekaa keseorangan...huhuhu

Rasa nya terlalu banyaklah pulak if tteeki nak tulis semua dalam entri ni...dalam banyak-banyak perkara yang pernah tteeki lakukan, senarai di atas adalah yang paling tteeki X boleh lupakan dan ianya bukan dilakukan secar bersendirian...thanks coz tteeki dapat jugak merasa jadi BUDAK SETAN...hahaha

p/s: Orang kata if kecik-kecik die nakal dah besar mesti jadi budak baek...hihihi tteeki mmg baek pon...wakakaka

k tata...







3 comments: