Nak dijadikan kesah tteeki ingin menghabiskan mase-mase cuti tteeki di rumah kakak tteeki kat Setia Alam selama beberapa hari untuk bermanja-manja dengan anak-anak ku yang sangat merindui acik mereka ni...hihihihi
Antara sebab tteeki suka tidur rumah kakak tteeki ni adalah kerana tteeki tidak akan diganggu oleh adik tteeki yang sentiasa merindui diri tteeki dan akan mengetuk pintu bilik tteeki sehingga tteeki buka dan if X bukak beliau akan memekak di hadapan bilik tteeki.
1st day tteeki tidur situ tteeki tidur tah pukol berapa pon tteeki X tahu yang pasti hari sudah siang..hahaha (dok layan Skype samapi ke pagi...
2nd day tteeki nak balik rumah akan tetapi kakak tteeki berhasrat untuk membelanja tteeki makan Pizza Hut yang sememangnya my Favorited..awawaw
So tteeki tidur la di rumah kakak tteeki semalaman lagi dan keesokkannya tteeki berhasrat untuk pulang. Apabila tteeki bangun pagi dan ingin bersiap-siap, tteeki berasa badan tersangatlah lemah n tekak tteeki ini sangatlah sakit.
Tanpa melengahkan masa tteeki telan ubat demam n berehat sebentar bersama kitkat di sofa n tetido bersama baby khalisa.
Wabak yang menyerang tteeki ini bermula pada hari sabtu n tteeki beranggapan ianya adalah demam biasa n tidak berapa ambil peduli kerana tteeki sememangnya seorang yang suke wat-wat X tahu je if demam ke ape ke..hihihi
Hari-hari di rumah tteeki hanya telan Paracetamol yang mempunyai pelbagai fungsi untuk mengurangkan penyakit.
Setelah 3hari tteeki demam tteeki still X pergi berjumpa dengan doktor n tteeki selambe jew pegi ke kolej untuk membuat pendaftaran n bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang telah lama terpisah.
Selain itu tteeki juga dengan baik hati membawa seorang kawan yang dijangkiti denggi n pada hari tersebut tteeki sepatutnya berjumpa doktor tetapi tteeki amat malas n hanya mampu meneman sahaja.
Akhirnya kawan tteeki itu telah dibawa ke Hopital Tengku Ampuan Rahimah yang sememangnya banyak GAGAK dengan menaiki ambulan...nenonenoneno...
Pada malam tersebut tteeki siap mengadakan lawatan sambil belajar ke hospital berkenaan untuk melawat kawan tteeki itu, padahal diri sendiri sakit langsung X ambil peduli...ish3x
Setelah hari ke-5 tteeki demam n tekak semakin membengkak n sakit yang teramat sangat, tteeki mengambil keputusan untuk berjumpa doktor n darah tteeki telah diambil untuk di diagnosis.
Dengan selambanya doktor tersebut berkata "Dik awak ni suspek denggi ni, esok saya nak awak datang lagi ye, janga lupa minum banyak ai.ok " dalam hati kecil ini tteeki berbisik " aduh esok da la kelas bermula, leh lak jadi suspek denggi...balik ni mesti minum banyak air ni."
Seharian tteeki menghabiskan diri tteeki ini menelan 100plus n air masak yang sememangnya tteeki kurang suke...hihihi
Keesokannya teeki ke klinik ditemani oleh teman setia iaitu Diela (tq Diela ^_^) dan membuat pemeriksaan yang mengambil masa 3jam setengah (biasala klinik kerajaan, tteeki mane mampu nak g swasta tgu keje nanti dapat panel leh la kot)hihihi
Setelah tteeki berjumpa dengan doktor beliau mengesahkan bahawasanya tteeki tidak perlu lagi untuk mengambil darah keesokkannya kerana Darah tteeki hanya kurang sedikit dari julat normal n hanya perlu diubati dirumah sahaja.
Sesampai sahaja di rumah mak tteeki membuat sup ketam yang dikatakan sangat baik bagi mereka yang dijangkiti wabak denggi. Dengan happy tteeki makan sup ketam bersama nasi seterusnya berangkat ke kelas...(sakit, sakit jugak kelas mesti pegi selagi otak masih boleh berfikir)
Disini tteeki ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Mak yang wat sup ketam, ayah yang belikan 100plus n Diela yang sedia membawa tteeki ke klinik n bersama-sama membuat pemeriksaan( dia ni lagi la da 2week demam wat dono jew)huhuhu
p/s: kalau demam terus pegi klinik bagi mengelakkan situasi yang sebegini berlaku...
Bukti pembelian
Ada yang normal n ada yang x barapa nak normal...hihihi